Luah
Assalamualaikum..
Bila difikir balik, aku takda apa apa pun dalam hidup. yelah umur dah 23. bila tengok facebook kawan sekolah ada yang dah kahwin, ada anak, bertunang, ada kereta motosikal sendiri, dah ada keja tetap sendiri. Aku ? takda apa apa pon. cuma sijil spm yang bagi aku tak cemerlang dan sijil landskap yang tak laku untuk mohon kerja, simpan dalam frame jelah sijil tu walau dapat anugerah cemerlang macammana pon. yelah, pergi interview supervisor landscape pon tak dapat.
Bukan aku taknak keja dekat stesen minyak ke kedai buku dulu yang aku kerja ke. tapi, stesen minyak depan rumah aku ni takda kerja kosong + takut nak mencuba. stesen minyak belakang rumah aku pulak penuh dengan pekerja nepal, memang tak la aku nak kerja kat situ. kedai buku ? ntah lah malas la keja situ. penat kot. isnin-jumaat kerja 12pm-10pm. sabtu ahad wajib ot 10am-10pm. cuti ? setiap minggu lah tapi bukannya weekends day. contohnya aku dulu setiap minggu cuti hari rabu je. kalau nak mintak cuti sabtu dengan ahad bukan senang tau nak mintak macamtu je. kena isi form dan ganti cuti. hari rabu tu aku takleh cuti. itu pun kalau dapat cuti. macam lifeless, tak berdunia dengan orang kerja situ. dengan family pon takda masa.aku taktau ah macamna kawan kawan aku yang kat situ boleh bertahan sampai 3,4 tahun. mungkin orang kata aku mengada demand lebih. weii kita ada hak nak keja yang lebih bagus.
Kenapa tak sambung belajar kos landskap tu ? bukan tak sambung, aku dah sambung. tapi bukan kos landskap tapi kos ladang dekat ipta nun hujung utara semenanjung, ipta yang orang bising bising ipta penuh dengan orang melayu tu. aku dapat je kos landskap tapi dua dua jauh dekat selatan semenanjung. nak harapkan ptptn aku takleh mohon dah.so family aku kata takpayah la jauh jauh, pilih yang dekat dekat je. aku pon dengan rasa nak mencubanya pergi sambung kat situ. bangga la kejap jadi budak U. dapat kawan baru, tapi dah sebab aku ni berumur sikit dari diorang macam tak best pulak feeling tu hahaha. sem 1 okay walaupun stress dengan subjek yang aku tak pernah ambil dekat sekolah tapi alhamdulillah cemerlang, aku dapat anugerah dekan wei. aku pon tak sangka sebab target pointer lepas kira kira target subjek tu aku dapat la dalam 2.98. aku happy tak terkata.
sampai masuk sem 2 aku pon dengan semangatnya nak habiskan diploma aku ni, tapi ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. rupanya kena ambil lagi subjek yang aku takda basic langsung. dah la first kelas first bulan puasa, kelas pon boleh tahan jauh, bilik tingkat 3. letih oi. sebelum cuti raya tu ada test, aku pun buat lah walaupun aku taksure betul ke tak. aku cuma harap lulus je. lepas raya bukak u lecturer bagi balik kertas test haritu aku dapat suku je markah dari markah full. perasaan tu mashaAllah nak nanges ke tak. semangat jatuh ! sepanjang seminggu tu aku nanges je. takleh terima kenyataan wei. lagi lagi bila budak sebilik aku lulus padahal aku yang ajar dia malam sebelum tu. malam tu aku call mak aku sambil nanges2, aku wassap kak aku aku kata aku giveup, aku wassap kawan2 aku, aku kata aku stress nak giveup sebab aku tau aku tak boleh nak adapt dengan kegagalan aku. aku takleh bawak subjek tu. aku nak BERHENTI. kawan aku kata aku gila ke apa. tak kesian ke kat mak kau. macam2 yang diorang cakap bagi kata2 semangat. mak aku suruh aku teruskan, mak kata takpe kalau gagal nanti sem depan boleh ambil lain subjek tu. tapi aku sendiri yang tak boleh kalau gagal. sebab aku dibayangi perasaan gagal masa aku belajar dekat politeknik dulu. aku takut benda tu jadi balik, TRAUMA. mungkin orang kata alah baru failed test 1. ada orang failed blablablablablabla. wei kita tak sama. aku ulang balik TAK SAMA.
TAK SEMESTINYA KITA AKAN SELALU BERADA DIATAS. aku setuju dengan ayat tu. tapi, kalau la korang boleh selami perasaan aku ni. kali ni aku nekad aku nak jugak berhenti. mak aku setiap hari telefon aku , tanya macammana ? mak aku ingat aku dah okay tak jadi berhenti. setiap kali mak aku tanya setiap kali tu aku kata aku nak berhenti. mak aku pon mati akal dah dengan aku sebab aku degil. kakak aku dah malas nak kata apa. aku start malas nak pergi kelas. aku skip kelas banyak kali kot. kawan kawan aku pergi kelas, aku ambik borang tarik diri. aku isi, aku pergi merata nak mintak cop. last sekali bila nak mintak tandatangan rektor, bila aku serahkan balik borang tu ke akak kerani tu, bila dia cop tandatangan semua tu aku jadi blank. akak tu mintak matrik kad aku then dia tebuk, aku tengok je dan aku kata dalam hati betul ke ni ? serius ke ? muka aku suram. akak tu perasan kot muka aku macammana masa tu, dia tenung muka aku, muka dia pon jadi sedih siap dia kata 'semoga berjaya.' aku keluar aku duduk dekat kerusi tepi pintu tu. aku duduk termenung. aku kata betul ke ni ? aku bukan pelajar sini dah. aku takkan tinggal sini dah. aku takkan pergi kelas dah. aku takkan belajar dah. aku takkan jumpa kawan2 aku dah. menitik air mata aku kat situ, aku nanges tapi kena cover sebab ada akak sebelah tu macam perasan aku menangis. akak tu tengah tunggu kawan nak ambil borang clearance. akak tu dah habis belajar, aku berhenti. aku tangkap gambar borang tu hantar dekat kakak aku. dia balas. tak takut menyesal ke ? time tu lagi la nak nanges, aku nak jadi gelabah. betul ke apa aku buat ni. automatik aku teringat mak aku. rasa bersalah sangat2 dekat mak dan kakak aku. aku berazam nak bahagiakan mak aku. sepanjang jalan balik kolej tu aku nanges. sampai bilik aku telefon mak aku, aku kata aku dah berhenti. dah hantar borang berhenti. mak aku macam nak taknak layan aku je. aku tau dia kecewa. aku pon kalau boleh taknak berhenti tapi tulah aku CUMA DAH TAK KUAT. Aku takut.
Lepas tu aku balik bilik aku angkut segala baju2 aku. yang tinggal cuma barang lain baldi semua tu sebab nak datang ambil lain dengan kereta, mana larat nak angkut semua naik komuter. bayangkanlah aku bawak beg laptop berat nak mampus kat belakang aku, 1 beg baju sederhana besar kat tangan kiri, 1 lagi beg baju besar gila kat tangan kanan. berat nak mati aku usung. lepas beli tiket komuter aku lari macam tak cukup tanah dengan beg berat2 tu sebab komuter lagi 2-3 minit nak sampai. aku lari terkangkang kangkang. aku dah gelabah. aku turun dengan lift. nasib baik sempat, aku angkut beg2 tu sambil nanges tunggu komuter, baru seminit camtu komuter sampai. aku masuk aku duduk dengan beg penuh kat tangan sambil nanges wei. nanges sebab tak sampai hati. dah reda sikit aku paling ke belakang . mak ai ada budak2 perempuan baya aku lah kot dok tengok aku. alaaa mesti diorang nampak aku nanges. malu tapi perasaan sedih tu lagi kuat dari perasaan malu. huhu.
Dah sampai destinasi, aku tunggu ayah aku kat luar stesen. ayah aku ambil dia tak mention langsung pasal berhenti belajar. dia tanya dah lama dah ke tunggu ? makan dah ke ? sepanjang nak sampai rumah tu aku banyak diam. sampai rumah aku tekan loceng rumah. mak aku bukak pintu lepastu mak aku blah sambung tengok cerita indon kat tv3 tu langsung tak tengok aku. aku tau mak aku marah, mak aku sedih. mak aku kecewa. dia tak cakap. tapi..
Sekarang dah masuk 2 bulan aku menganggur kat rumah ni. mak aku pon dah okay. aku rasa sepanjang aku duduk menganggur duduk rumah ni semakin berdosa aku dekat mak ayah aku. yelah banyak melawan. huhu.

Comments
Post a Comment